Jumaat, 14 Mac 2014
Young Hypertension Part 1
Selasa, 26 Februari 2013
Monday Blues Yang Happy
tapi Monday Blues 11.02.13 bgi aku happy sangat-sangat..
Sabtu, 25 Februari 2012
Yoon Sang Hyun
hari ni aku ada penyakit angau.. haha.. bila aku tengok cover profile aku, aku senyum sorang2.. haha.. boleh dak?
wahhh..... LOVE U Yoon Sang Hyun
p/s: haha.. angau sungguh haih..
Khamis, 15 Disember 2011
4tune Club
so orang tu pon terang la semua.. dia kata kena byr RM60 deposit dulu.. then balance byr ansuran bulan2.. tapi lepas seminggu pon kitorang x terima no akaun yg nak kena bayar ni.. bf aku kata burn ja la RM60 tu.. kalo kena tpu RM60 xpa la. nak wat cam na kan.. so kita pon abaikan la benda ni..
lepas tu... jeng..jeng..jeng.. ari ni tetiba private no masuk pukul 2 lebih macam tu.. dia kata call from mahkamah dr putrajaya.. aku time tu tengah bz keja.. so bila dengar dri mahkamah aku dah panik dah.. tetiba lak kan.. takut la juga.. dia kata surat saman tu akan dikeluarkan esok. surat saman from 4tune. nak saman RM10 000 katanya.. aku dah kecut perut.. erk.. awat sampai macam tu kan. dia kata dia cuma lawyer saja. nak tau lebih lanjut kena call no ni.. 016-211 0264. en kamarul zaman. katanya lawyer company 4tune tu la.
aku pon kol la no tu.. dia pon kata la surat saman akan dikeluarkan dlm masa 2 minggu . dia kata once surat saman dikeluarkan aku kena naik mahkamah.. gila nak ke kl sana semata2 benda ni.. dia kata kalo tak mau kena sama RM10 000, kena wat pembayaran full ari ni sebelum pukul 4.30.. gila. aku kata mana nak cari sampai RM1538 time tgh bln ni... so dia kata dia akan sms no akaun n nama penerima akaun (CIMB 0601 072627 4059 SPARK BIZZ CONSULTANCY) kat no aku. dia kata kalo wat bayaran inform dia balik. if tak wat abaikan, tp surat saman akan sampai.
aku dah la kat ofis. dengan panik pasai benda ni.. sampai dah menangis dok pikir mana nak cari duit. then aku try kol makcik aku minta pinjam kat dia. manager aku baik hati ni tolong kuarkan duit dia dulu nak pergi bank in kan untuk aku sbb aku xda transport.
then aku call bf aku cita kat dia. dia minta no fon yang htr no akaun tu. sementara manager aku dah sampai bank, tapi dia call husband dia dlu. husband dia keja bank. husband dia kata jangan panik. takut kena tipu. so manager aku call aku bagi tau. n the sama time aku search kat internet company ni spark bizz consultancy. aku baca kat sini .. aku call manager aku cepat2.. Ya Allah.. nasib baik dia tak bayarkan lagi.. sebab dia pon terfikir juga husband dia kata maybe tipu. aku baca kat link tadi tu.. kes dia sebiji macam aku.. awatlah aku tak tergerak hati nak check dulu sebelum manager aku ke bank... tapi nasib baik manager aku pon tak bayar lagi..
then aku call bf aku ajak ke balai polis untuk report. u know what, at the same time orang tu msj aku tanya dah wat bayaran?.. aku reply kata belum terima no akaun. then dia htr another no akaun 5140 6634 2376 MBB REAL GRAND SYNERGY SDN BHD. aku pon layankan msj dia. aku tanya nak kena wat byrn mana satu akaun. awat nama lain2.. then dia kata mana2 pon boleh sebab company n anak company. aku kata ok. kalo tak sempt gak pgi2 saya pergi byr ye encik.
lepas tu dia msj tnya dah wat byran. aku geram la.. dah la tipu lagi tanya byk. aku kata dah wat. dia tnya bank mana, aku kata cimb. then dia minta jmlah. aku kata rm 1550. aku kta tapi tak da resit la. pas tu lama sikit dia msj kata belum terima. aku kata amik masa 3hari sbb aku byr on9. lepas tu ada satu no ni kol 095131007. Perempuan pulak. dia tanya boleh cari N********i.. nama aku la. then aku kata sapa tu. dia kata from 4tune club. aku kata silap no. dia kata oo.. ya ka.. then trus letak. sempoi.. tak da budi bahasa kan..
so sambungannya aku sambung nanti..
p/s : berfikir sebelum bertindak. JANGAN PANIK.
Rabu, 14 September 2011
Raya, Hantu Boceng & Keja
hari ahad 4 hb aku p tgk wayang tajuk HANTU BOCENG.. haha..cita dia mmg lawak.. kira dari start filem sampai ke last asyik gelak ja.. mula2 aku agak mcm cita ni boring ckt la.. xsngka mmg lawak.. boleh gelak smpai kuar air mata ni.. haha.. zizan berlakon not bad.. ditambah dgn jue aziz...
jue aziz part best masa dia blsh jueliana evans.. haha.. '1 utk abg aku.. 2 utk boipren aku.. 3 suka hati aku' haha.. free ja kena tmbuk.. dan part paling xleh blah.. masa zizan pjuk jue.. baby...baby... jue aziz sekali BABI!! Hhaahaha.. 1 pggung wayang riuh..
dan pasai keja pulak.. herrmm.. dah cuti 1 mggu, nak start keja balik.. badan ni mmg ngegada sgt2.. haha..asyik bgn lmbt ja.. dah tu asyik ngatuk ja..haha.. jenuh la manager aku dok ushar bila asyik dok tersenguk dpn pc.. =)
Khamis, 11 Ogos 2011
11.8.11
11.8.11
hari ni genaplah 24 tahun aku hidup di dunia ini.. aku bersyukur pada Allah kerana diberi peluang untuk lagi bernafas sehingga ke hari ini.. semoga aku akan lebih menghargai masa dan hidup ini..
tik tok tik tok.. dah 24 tahun.. haha.. tapi masa banyak benda lagi belum aku capai.. seolah olah aku masih baru habis sekolah.. masih baru bawah 20 tahun.. asyik leka dengan duniawi.. sehingga kadangkala terabai tanggungjawab sebagai umat islam..
ok semalam si dia bawa aku pergi makan.. aiceh.. dinner la.. tapi xda lilin.. hehe.. pastu ronda-ronda sampai pkul 12.. ceh.. kiranya nak jadi orang pertama wish kat aku la.. hehehe.. memang selalu tiap2 tahun mcm ni.. cuma tahun ni tak dapat hadiah lagi.. sebab bln ni pakai byk duit utk raya sama.. so dia tangguh bulan depan.. tak pa sayang.. =)
11.08.11 juga merupakan ulangtahun percintaan (belum kawin lagi.. ada jodoh insyaAllah) kami yang ke 7.. kadang-kadang pernah melawak dengan si dia, kalo kawin dah anak pon dah besaq.. haha.. (gatai ok).. kadang-kadang semua orang nanti tanya, bila nak kawin.. bila nak kawin.. haha.. tak marah.. cuma letih nak menjawabnya.. kadang2 aku jawab tanya ja si dia.. haha.. tergagap gagap si dia nak menjawab.. hahaha..
kami memang dah ada plan.. insyaAllah.. jodoh semua di tangan Allah.. kami hanya mampu merancang, tuhan menentukan.. si dia dah bagi tau tahun depan nak meminang.. wah.. terkejut tiba-tiba.. haha.. dah dah.. tak mau cakap pasai ni dah.. rancang2 tak jadi kalo aku gak yang sedih.. sekarang cuma berserah pada Allah saja..
Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera
Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
Amin.
Selasa, 19 Julai 2011
Kembali Ke Masa Muda
lepas terbelek gambar buah hati.. hahaha.. ayat.. (konon terbelek).. dulu muka dia kurus sikit sekarang berisi..
![]() |
| Wahh.. muka serius.. hehe.. |
| masa ni tahun 2005, dalam bulan 5 rasanya.. dekat A Farmosa melaka.. time ni aku amik sijil kat KYM.. huhuhu.. |
![]() |
| konon konon manja =p |
p/s : post kali ni saja mengatai nak letak gambar lebih sikit.. =)
Isnin, 23 Mei 2011
MY BFF Part 1
nama : nurliyana
perkenalan : time darjah 6.. time tu tuition ngan cik mah
blog : http://latahzana.blogspot.com/
time kenai dengan dia.. aku tuition dengan jiran sebelah rumah aku.. nama dia cik mah.. so tetiba mai sorang budak ni.. baru masuk tuition.. sedangkan aku dari darjah 3 kot tuition ngan cik mah.. lagi pon dia ni sekolah lain.. time tu yang tuition dengan cik mah ni semua kawan sekolah atau sekelas..
time tu dia macam malu2 sikit.. hehe.. tapi dia rajin time balajar.. then cik yana suka menyembang.. aku pula jenis banyak mulut.. so time tu kawan2 macam biasa la.. tapi bila masuk start form 1.. dia satu sekolah dengan aku.. cuma berlainan kelas ja.. time tu aku dah start rapat dengan dia.. sebab dia ni memang jenis boleh masuk dengan aku.. kepala otak dia semua sama dengan aku... hahaha..
aku time form 1 ni.. skema lagi time tu.. p skolah pon naik bas skolah apek.. haha.. tapi kadang2 tu aku ponteng naik bas sekolah.. sebab nak naik bas biasa ngan yana.. time tu sekolah petang.. so memang kadang2 kami kuar awal.. sebab apa.. haha.. sebab nak p makan McD.. time tu kira ada ja duit lebih.. memang McD ja la.. haha.. ada sekali tu kami makan McD sambil sembang2 semua.. tengok2 jam dah pukul 1.. time sekolah dulu masuk 1.15 rasanya.. ntah.. tak ingat lak.. so kami pon cepat tahan bas.. bas mini time tu ada lagi.. dari McD nak ke sekolah ni rasanya dekat ja.. kalo jalan kaki ada la 15 minit.. tapi nak cepat, kami naik bas.. mana nak tau kata drebar bas ni berhenti tunggu penumpang punya la lama kat One Stop Looking Good ni.. tensen2.. haha..
kisah kedua.. pasai duit.. time tu form 2.. aku dengan dia ni memang gila chatting.. time tu pemes mIRC.. haha.. memang gila.. sanggup tak makan.. sebab nak simpan duit p cc.. time tu cc mahal siot.. satu kedai ni kami kena rm4 sejam.. haha.. nak dijadikan cita.. satu hari tu.. kami dah hbs chatting.. time tu tinggal cukup2 duit tambang.. 70cen kot.. nak balik ni kami singgah kedai yang jual barang2 comei.. biasa la.. budak2 dulu beg sekolah ni besaq.. haha.. cik yana ni beg dia terlanggar kat satu patung kecik ni.. patung budhha.. kecik ja pon.. jatuh pecah skit.. adeh.. mana nak cari duit.. ahaha.. kami guna la duit kami 2 orang untuk bayar ganti rugi..
nak tak nak.. kena jalan kaki la balik.. rasa2nya ada la kot dalam 30 mnt - 45 mnt jalan kaki dari Looking Good ni (sebelah sekolah ja pon..sapa yang dok penang tau la sekolah apa kan.. haha) sampai ke rumah.. haha.. penat tak payah cakap.. dengan beg skolah buku berat2.. dengan matahari atas kepala.. hahaha.. boleh pengsan ni..
tapi ada satu kenangan aku tak boleh lupa.. time tu aku tak p sekolah ntah tak ingat berapa hari.. sebab aku sakit kepala sangat.. memang tak boleh nak bangun.. malam tu yana mai rumah aku.. nak bawa aku p klinik kononnya.. haha.. rumah aku kawasan bukit.. so kami lalu naik atas bukit tu.. pusing2.. yana kata ada satu hospital kat sini.. aku ikut ja.. sebab tengah sakit kepala.. yang bestnya.. time nak g hospital ni.. malam tu berangin pula.. macam nak hujan.. tapi tak hujan.. kami masuk la kat kawasan hospital tu.. (yana carry aku naik motor bapak dia).. "senyap sunyi ja hospital ni yana" aku tanya dia.. pastu kami terpandang satu benda putih besar kat atas hospital.. apa lagi.. zuupp kami belah dari situ.. yana bawa motor laju apa boleh buat.. haha.. rupa-rupanya.. yang tu Hospital Miriam.. hospital kristian punya.. so patung tu macam patung mother depa la.. lagi satu hospital tu khas untuk pesakit cancer.. sebab tu sunyi ja situ.. haha..
so pernah la kami 2 terputus hubungan sbb dia tukar ke sekkolah teknik.. bila dia balik ke penang semual.. baru la jumpa dia.. baru tukar2 no fon.. haha.. Alhamdulillah.. sampai sekarang masih berkawan lagi..
note : kalau ada tersilap fakta atau terkasar bahasa aku selama ni.. aku minta maaf..
Jumaat, 20 Mei 2011
MY BFF
so ari ni tetiba lak rasa nak bercerita pasai bff aku semua.. macam mana leh tetiba ja ni cik waniey oi? haha.. semua ni pasai cik yana la.. aku cam na leh tak tau dia ada blog.. haha.. dah tu dari awal tahun dia buat blog, baru kelmarin aku perasan.. apa punya member ni.. hehe..
so.. wait for the next entry ok..? naik taip kat sini semua.. panjang sangat.. kang korang semua malas nak baca lak.. ish..ish..ish..
![]() |
| inni bukan potret saya.. saya lebih comei.. |
Sabtu, 31 Januari 2009
~PeMaLaS~

malas cam kucing aku sekoq nih.. hahahaha...
p/s: sok mlm aku nak g tgk wayang.. gmbr sifu n tongga.. xsbrnya nk tgk.. terutama nabil... hehehe...
Jumaat, 2 Januari 2009
NEW YEAR!~
malam new year tu... aku ngan boy aku cam biasa la.. akan mengikuti tradisi yg kami sendiri tetapkan...iaitu...g Round iSLAND... YEAH..!~ lam kul 9 lebih tu hujan rintik2 lak.. aku dok rasa dah cam x da harapan ja nak g.. pastu 10 minit sblm kul 12 aku ngan boy aku kuar utk menuju ke arah destinasi.. sblm tu...kena g isi minyak full dulu.. huhuhu.. sampai kat atas bukit jerat cina tu aku nampak byk keta ngan moto berhenti... "roadblock kot..?" kata boy aku... rupanya depa semua dok tgk bunga api... tepat kul 12 dah ker? aku tgk jam 11.58... eja htr msj wish new year...awal lagik la cik eja oi... rupanya jam kat hs aku lmbt 2 minit.. ceh...!~ aku ngan boy aku pon tgk la bunga api tu dr atas bukit jerat cina... (pestime nih tgk kat kubur cina...) huhuhu.. pas tu kami truskan hasrat untk isi minyak.. then kami beli bekalan untuk meronda...aku beli air ja... sblum tu aku dah kebas coklat ferrero rocher yg akak aku beli dr lgkawi.. byk gak aku kebas.. hahaha.. kami mulakan perjalanan dr rumah aku (tg.tokong..) ke dam teluk bahang... dan trus melalui kawasan bukit untuk ke balik pulau.. dalam hati saspen gak ni.. ye la.. dah brapa lama x lalu citu.. tiba2 aku teringat kejadian kat situ...aku ngan boy aku dengar benda mengilai kat belakang aku...suspen gila time tu...sib bik malam ni new year ni ok ja... kali ni x byk org lalu..leh katakan x da lgsg... pastu baru muncul satu satu keta dr arah bertentangan.. motyor haram x nampak pon.. hampir kat titi kerawang baru jumpa motor2 byk2.. depa konvoi ramai2... sampai ja kat balik pulau aku lega yg amat... ye la.. takut gak tgh2 malam ni... aku pon sembang cam biasa...
dier : dan2 sembang lak? tadik atas bukit senyap ja...
aku : hehehe.. biasalah... takut..huhuhu...
dier : takut kalo kena tinggal...kan ada lagik satu bukit nak lalu...
aku : jgnlah... owg x takut pon... tadik pasai kabus ja..
dier : ye la tu... =)
pastu kami truskan perjalanan kami....sampai umah dalam kul 3 lebih.. yg herannya kali ni x da lak roadblock.. polis x larat nak kejar dah kot..huhuhu...apa2 pon... Hepi New Year... harap2 thn ni akan lebih gembira...=)
Isnin, 10 November 2008
Satu Hari Yang Agak Sewel
mamat tu : adik! i LOVE u!(dier kata kat ida)
ida : terpinga2 gila..
pia : menjauhi ida dan mamat tu kerana terkejut..
paez n eja : gelak gila...
balik tu diorg citer kat aku.. aku pon tumpang sekaki gelak.. xsangka ida ni ramai peminat...hahahahahahahahaha.....
Selasa, 4 November 2008
Hari InI 3/11/08 =(
Ahad, 2 November 2008
2/11/2008
Jumaat, 31 Oktober 2008
Sedihnya....!~
Rabu, 29 Oktober 2008
Salam kepada semua peminat2 ku...(cam artis plak... huhuhu).. antara jadual hidup aku ari ni ialah :
-bgn kul 8 siap2 gi umah mak aku (kopem x mandi lagik ni... aku dok umah tok aku.. tapi pg2 aku cabut g umah mak aku.. ada astro la katakan... hahaha...)
-aku layan gmbr smpai terlena kat sofa..
-boy aku kol ajak teman dier g cari visor utk hlmt arc full dia ( x berkenan aku arc full ni)
-ingat kan nak bli kat aku sama la visor.. tapi x dpt gaji lagik kata dier..(xper la.. nanti dpt gaji jgn kata visor.. mcm2 benda lagik aku nanti minta.. cekik drh sungguh aku ni)
-pastu balik umah mak aku.. tolong masak.. jap ja.. pkul 5 aku cabut duk depan tb.. layan channel zee.. gmbr hindustan..
- layan tv2 gmbr Olivia.. best gila gmbr ni.. kalo rajin ushar2 la.. pukul 6 ptg isnin - khamis..
-then layan sutera maya... makin lama makin cam x best dah.. meluat aku.. huh!~
-pastu aku mula serabut pala otak balik.. tgl lagik 2 hari nak kena htr storyboard.. tapi apa pon x siap lagik..
-boy aku kata nak tolong kasik idea.. tapi cam tu la aku dok dengar.. kang kasik idea merepek2 mati aku..
-aku htr msj kat boy aku tapi x bls2 pon.. tido rupanya..
-maknanya aku kena g wat storyboard skrg gak la.. daaaa....












