Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Pages

Khamis, 15 Disember 2011

4tune Club

pernah dengar tak 4tune club ni? aku dah register ari tu.. dalm bulan 5.. masa tu aku ngan bf pergi tesco jelutung (Penang).. then ada booth diorg wat pakej.. aku ngan bf p ushar2 la.. sbb tahun dpn nk g melancong with family senang skit kononya..

so orang tu pon terang la semua.. dia kata kena byr RM60 deposit dulu.. then balance byr ansuran bulan2.. tapi lepas seminggu pon kitorang x terima no akaun yg nak kena bayar ni.. bf aku kata burn ja la RM60  tu.. kalo kena tpu RM60 xpa la. nak wat cam na kan.. so kita pon abaikan la benda ni..

lepas tu... jeng..jeng..jeng.. ari ni tetiba private no masuk pukul 2 lebih macam tu.. dia kata call from mahkamah dr putrajaya.. aku time tu tengah bz keja.. so bila dengar dri mahkamah aku dah panik dah.. tetiba lak kan.. takut la juga.. dia kata surat saman tu akan dikeluarkan esok. surat saman from 4tune. nak saman RM10 000 katanya.. aku dah kecut perut.. erk.. awat sampai macam tu kan. dia kata dia cuma lawyer saja. nak tau lebih lanjut kena call no ni.. 016-211 0264. en kamarul zaman. katanya lawyer company 4tune tu la.

aku pon kol la no tu.. dia pon kata la surat saman akan dikeluarkan dlm masa 2 minggu . dia kata once surat saman dikeluarkan aku kena naik mahkamah.. gila nak ke kl sana semata2 benda ni.. dia kata kalo tak mau kena sama RM10 000, kena wat pembayaran full ari ni sebelum pukul 4.30.. gila. aku kata mana nak cari sampai RM1538 time tgh bln ni... so dia kata dia akan sms no akaun n nama penerima akaun (CIMB 0601 072627 4059 SPARK BIZZ CONSULTANCY)  kat no aku. dia kata kalo wat bayaran inform dia balik. if tak wat abaikan, tp surat saman akan sampai.

aku dah la kat ofis. dengan panik pasai benda ni.. sampai dah menangis dok pikir mana nak cari duit. then aku try kol makcik aku minta pinjam kat dia. manager aku baik hati ni tolong kuarkan duit dia dulu nak pergi bank in kan untuk aku sbb aku xda transport.

then aku call bf aku cita kat dia. dia minta no fon yang htr no akaun tu. sementara manager aku dah sampai bank, tapi dia call husband dia dlu. husband dia keja bank. husband dia kata jangan panik. takut kena tipu. so manager aku call aku bagi tau. n the sama time aku search kat internet company ni spark bizz consultancy. aku baca kat sini .. aku call manager aku cepat2.. Ya Allah.. nasib baik dia tak bayarkan lagi.. sebab dia pon terfikir juga husband dia kata maybe tipu. aku baca kat link tadi tu.. kes dia sebiji macam aku.. awatlah aku tak tergerak hati nak check dulu sebelum manager aku ke bank... tapi nasib baik manager aku pon tak bayar lagi..

then aku call bf aku ajak ke balai polis untuk report. u know what, at the same time orang tu msj aku tanya dah wat bayaran?.. aku reply kata belum terima no akaun. then dia htr another no akaun 5140 6634 2376 MBB REAL GRAND SYNERGY SDN BHD. aku pon layankan msj dia. aku tanya nak kena wat byrn mana satu akaun. awat nama lain2.. then dia kata mana2 pon boleh sebab company n anak company. aku kata ok. kalo tak sempt gak pgi2 saya pergi byr ye encik.

lepas tu dia msj tnya dah wat byran. aku geram la.. dah la tipu lagi tanya byk. aku kata dah wat. dia tnya bank mana, aku kata cimb. then dia minta jmlah. aku kata rm 1550. aku kta tapi tak da resit la. pas tu lama sikit dia msj kata belum terima. aku kata amik masa 3hari sbb aku byr on9. lepas tu ada satu no ni kol 095131007. Perempuan pulak. dia tanya boleh cari N********i.. nama aku la. then aku kata sapa tu. dia kata from 4tune club. aku kata silap no. dia kata  oo.. ya ka.. then trus letak. sempoi.. tak da budi bahasa kan..

so sambungannya aku sambung nanti..

p/s : berfikir sebelum bertindak. JANGAN PANIK.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails