Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Pages

Isnin, 23 Mei 2011

MY BFF Part 1

ingat tak lagi last post aku tentang bff ni? ok.. aku nak citer tentang salah sorang bff aku ni.. my 1st BFF aku ni..

nama : nurliyana
perkenalan : time darjah 6.. time tu tuition ngan cik mah
blog : http://latahzana.blogspot.com/

time kenai dengan dia.. aku tuition dengan jiran sebelah rumah aku.. nama dia cik mah.. so tetiba mai sorang budak ni.. baru masuk tuition.. sedangkan aku dari darjah 3 kot tuition  ngan cik mah.. lagi pon dia ni sekolah lain.. time tu yang tuition dengan cik mah ni semua kawan sekolah atau sekelas..

time tu dia macam malu2 sikit.. hehe.. tapi dia rajin time balajar.. then cik yana suka menyembang.. aku pula jenis banyak mulut.. so time tu kawan2 macam biasa la.. tapi bila masuk start form 1.. dia satu sekolah dengan aku.. cuma berlainan kelas ja.. time tu aku dah start rapat dengan dia.. sebab dia ni memang jenis boleh masuk dengan aku.. kepala otak dia semua sama dengan aku... hahaha..

aku time form 1 ni.. skema lagi time tu.. p skolah pon naik bas skolah apek.. haha.. tapi kadang2 tu aku ponteng naik bas sekolah.. sebab nak naik bas biasa ngan yana.. time tu sekolah petang.. so memang kadang2 kami kuar awal.. sebab apa.. haha.. sebab nak p makan McD.. time tu kira ada ja duit lebih.. memang McD ja la.. haha.. ada sekali tu kami makan McD sambil sembang2 semua.. tengok2 jam dah pukul 1.. time sekolah dulu masuk 1.15 rasanya.. ntah.. tak ingat lak.. so kami pon cepat tahan bas.. bas mini time tu ada lagi.. dari McD nak ke sekolah ni rasanya dekat ja.. kalo jalan kaki ada la 15 minit.. tapi nak cepat, kami naik bas.. mana nak tau kata drebar bas ni berhenti tunggu penumpang punya la lama kat One Stop Looking Good ni.. tensen2.. haha..

kisah kedua.. pasai duit.. time tu form 2.. aku dengan dia ni memang gila chatting.. time tu pemes mIRC.. haha.. memang gila.. sanggup tak makan.. sebab nak simpan duit p cc.. time tu cc mahal siot.. satu kedai ni kami kena rm4 sejam.. haha.. nak dijadikan cita.. satu hari tu.. kami dah hbs chatting.. time tu tinggal cukup2 duit tambang.. 70cen kot.. nak balik ni kami singgah kedai yang jual barang2 comei.. biasa la.. budak2 dulu beg sekolah ni besaq.. haha.. cik yana ni beg dia terlanggar kat satu patung kecik ni.. patung budhha.. kecik ja pon.. jatuh pecah skit.. adeh.. mana nak cari duit.. ahaha.. kami guna la duit kami 2 orang untuk bayar ganti rugi..

nak tak nak.. kena jalan kaki la balik.. rasa2nya ada la kot dalam 30 mnt - 45 mnt jalan kaki dari Looking Good  ni (sebelah sekolah ja pon..sapa yang dok penang tau la sekolah apa kan.. haha) sampai ke rumah.. haha.. penat tak payah cakap.. dengan beg skolah buku berat2.. dengan matahari atas kepala.. hahaha.. boleh pengsan ni..

tapi ada satu kenangan aku tak boleh lupa.. time tu aku tak p sekolah ntah tak ingat berapa hari.. sebab aku sakit kepala sangat.. memang tak boleh nak bangun.. malam tu yana mai rumah aku.. nak bawa aku p klinik kononnya.. haha.. rumah aku kawasan bukit.. so kami lalu naik atas bukit tu.. pusing2.. yana kata ada satu hospital kat sini.. aku ikut ja.. sebab tengah sakit kepala.. yang bestnya.. time nak g hospital ni.. malam tu berangin pula.. macam nak hujan.. tapi tak hujan.. kami masuk la kat kawasan hospital tu.. (yana carry aku naik motor bapak dia).. "senyap sunyi ja hospital ni yana" aku tanya dia.. pastu kami terpandang satu benda putih besar kat atas hospital.. apa lagi.. zuupp kami belah dari situ.. yana bawa motor laju apa boleh buat.. haha.. rupa-rupanya.. yang tu Hospital Miriam.. hospital kristian punya.. so patung tu macam patung mother depa la.. lagi satu hospital tu khas untuk pesakit cancer.. sebab tu sunyi ja situ.. haha..
MySpaceMySpaceMySpace

so pernah la kami 2 terputus hubungan sbb dia tukar ke sekkolah teknik.. bila dia balik ke penang semual.. baru la jumpa dia.. baru tukar2 no fon.. haha.. Alhamdulillah.. sampai sekarang masih berkawan lagi..

note : kalau ada tersilap fakta atau terkasar bahasa aku selama ni.. aku minta maaf.. MySpace Semoga Allah memberkati persahabatan kita di dunia dan akhirat.. Aku memohon kepadamu Ya Allah supaya persahabatan ini kekal selamanya.. amin..


Jumaat, 20 Mei 2011

MY BFF

korang ssemua pon mesti ada bff kan? bff means (korang mesti tau kan.. yang tak tau i explain ok..) BEST FRIEND FOREVER.. bukan BOYFRIEND FOREVER.. gila nak berboifren forever.. takmo kawin ka? ahaha..MySpace

so ari ni tetiba lak rasa nak bercerita pasai bff aku semua.. macam mana leh tetiba ja ni cik waniey oi? haha.. semua ni pasai cik yana la.. aku cam na leh tak tau dia ada blog.. haha.. dah tu dari awal tahun dia buat blog, baru kelmarin aku perasan.. apa punya member ni.. hehe.. MySpace

so.. wait for the next entry ok..? naik taip kat sini semua.. panjang sangat.. kang korang semua malas nak baca lak.. ish..ish..ish..MySpace



inni bukan potret saya.. saya lebih comei.. MySpace

p/s : rindu kat semua bff aku MySpace

Khamis, 19 Mei 2011

Jom Join Faceblog

aku rasa dalam beberapa abad ni (kononnya..) aku asyik berfacebook saja.. tadi jalan2 kat blog-blog kengkawan semua, tertiba ternampak satu logo ni... seakan2 facebook.. facebook kaler biru.. yg ni kaler pink hokey.. i like pink MySpace.. huhu.. 
Faceblog 

huhu.. so aku harap boleh berkenalan dengan blogger2 kat sini.. huhuh.. senang kan.. MySpace

Selasa, 10 Mei 2011

Janji Padamu Bila Diri Disayangi

Tiada kusangka sejak detik itu
Kau membuka pintu kamar dihatiku
Cinta yang terhampar satu tika dulu
Bersinar kembali
Pandainya dikau mencuri hatiku
Dengan kejujuran dan tingkah lakumu
Memberikan aku satu keyakinan
Mendungkan berlalu

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni



wah.. tetiba terjiwang lak .. tadi dok termenung.. tiba2 teringat zaman mula2 berchenta..haha.. dulu aku ngan en. yan (nama gelaran dia yan.. haha.. ewan boyan.. jgn pgil.. nanti dia marah.. aku takpa.. =p) ni selalu suka ronda dr umah kami sampai ke teluk bahang..


then dia suka nyanyi kat aku lagu ni.. wahhh... romantis nok.. =).. so bila gaduh2 ja, mesti aku teringt lagu ni.. so lagu ni lebih kurang macam lagu chenta kami la.. hehe.. 1 lagi lagu  


Bila Diri Disayangi 

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri



love u cyg.. *wink*
p/s : tiba - tiba rasa nak melantak sushi lak.. adoi la perut.. sila bertahan ya.. dah muncit sgt ni..

Merancang event or wedding?

Planning a party? Planning a wedding? Planning an event? Here's a great selection of personalised party favours boxes to match your frock and frills

Jom join!!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Sabtu, 7 Mei 2011

My Page Pet


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

Jumaat, 6 Mei 2011

I'm on fireee! I have collected my KMs, what about you?! #Churp2race

I'm on fireee! I have collected my KMs, what about you?! #Churp2race

Rabu, 4 Mei 2011

Al Fatihah untuk Cik Leh..

Arwah Cik Leh di sebelah kiri..


Sebelum ni kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kemalangan makcik ida dan (arwah) cik leh aku.. bas ekspress dengan lori kontena di tapah ipoh pada 19 march 2011.. tak yah la aku cita panjang.. sbb rasanya umum dah tahu kes ni... akibat dari eksiden tu, cik ida patah kedua2 kaki.. dan husbandnya cik leh patah tulang punggung.. terpaksa digantikan dengan besi..

setelah sebulan lebih tinggal di hospital, kedua2 dibenarkan pulang ke rumah.. kat rumah makcik aku dah disediakan katil kat luar, sebab cik ida tak boleh berjalan lagi.. cik leh pula boleh berjalan, tetapi tak boleh banyak berjalan... dan nak duduk kalo, kena perlahan2..

lepas seminggu, cik leh ni pergi melawat org kg yang sama2 kemalangan.. rumah dekat2 ja.. anak2 dia temankan la.. time dia lalu kat tong smpah ni, dia tegur bau wangi.. mcm bau sabun.. anak2 dia kata bapak jangan la tegur..

selang 2 hari pas tu, cik leh sakit.. dia jadi penat2.. hari jumaat dimasukkan semula ke hospital lam wah e.. malam tu tgh malam aku ngan bf aku pergi hantar baju kat hospital.. sempat jenguk dia.. cik leh dah tido time tu.. adik dia cik lah yang jaga.. so sembang la sebab apa masuk hospital balik.. cik lah kata.. cik leh jadi tarik.. so terkejut fak.. sbb setahu kami semua dia memang tak ada penyakit tarik tu.. cik lah pon kata xda.. tak pa la.. aku pon minta diri.. sbb dah lewat sangat.. sempat jenguk tengok dia macam tu ja la... tenang ja time dia tido tu..

hari isnin, 2 may 2011 tu kak ya kol pukul 12 lebih, adik ipar cik leh iaitu  sepupu mak aku.. aku dengar dia dok menangis.. aku jadi kalut.. sebab apa ni.. dia kata cik leh dah tak da dah... Ya Allah.. time tu mmg aku pon nangis sekali.. aku g tau mak aku sambil nangis2.. mak aku terkejut.. pakcik aku sorang ni dah nangis.. aku kol paksuman aku.. paksuman aku tanya betul ka.. sebab dia kol tadi pagi.. kata nak kuar hospital dah.. aku kol semua yang kenal cik leh.. kawan2 aku, akak aku, bf aku.. bf aku terkejut sama.. memang sedih sangat2 time ni.. 

terkenangkan cik ida yang patah 2 2 kaki, mak cik ida aku, mak mertua cik leh kaki retak, bersimen.. lagi tak boleh jalan dah duduk atas kerusi roda saja.. sbb dah berusia.. anak2 dia yang paling kecil.. baru umur 10 tahun..

sebelum arwah di hantar ke batu uban.. pihak polis hantar dulu ke GH untuk post mortem.. sbb arwah meninggal masa kes kemalangan belum selesai lagi.. pukul 5 macam tu aku sekeluarga pergi ke GH untuk tunggu di sana.. dalam pukul 6lebih baru habis postmortem.. aku sedih sangat time tu sbb nampak arwah sudah dibalut.. cuma nampak susuk tubuhnya saja.. kami terus pergi ke batu uban.. tunggu di sana.. aku masuk ke dalam rumah.. salam ngan cik ida.. cik ida aku mula menangis.. dia peluk aku. dia kata "acik ida tak da sapa.. cik leh dah pergi tinggal cik ida.. aku pon sama menangis.. sbb sedih sangat.. katil cik ida diletakkan bersebalahan dengan katil untuk mayat.. setengah jam pas tu hampir maghrib.. kereta jenazah sampia.. may dikuarkan.. semua orang di situ menitiskan air mata.. sbb semua sayangkan arwah.. arwah seorang yang suka mengusik.. sapa yang tak pernah kena usik dengan arwah? lagi arwah seorg yang jarang marah.. kecuali anak2 nakal.. arwah seorg yang tak pernah tinggalkan solat.. seorang abg dan adik yang baik.. seorang anak yang baik.. semua sukakan dan sayangkan arwah.. tapi.. Allah lebih menyanyangi arwah.. 

lepas tu arwah ditempatkan di katil sebelah cik ida.. anak dia yang kecil menangis.. semua yang ada disitu turut menangis.. beberapa orang menyabarkan cik ida.. aku dan mak serta keluarga hanya mampu menangis saja.. ramai yang sedih sebab terkilan.. tak sempat jumpa arwah.. masa ahad sebelum arwah meninggal.. dah bersiap2 untuk pulang.. cik leh masuk ke toilet dulu.. kemudian dia panggil anak dia yang sulung, fatin.. dia suruh fatin usap belakang dia.. dia kata bapak nak pergi dah.. anak dia usap2 belakang dia.. time tu dia  pergi di pangkuan anak sulung dia.. dia pergi macam tengah tido.. 

berbalik pada tadi.. setelah smpai.. mayat disapukan dengan minyak.. kemudian kain yang membalut bahagian muka dibukakan... ditutup menggunakan seledang.. kemudian sorang2 masuk untuk tengok arwah dan sedehkan doa untuk arwah.. masa tu tengok muka arwah.. tenang sangat.. macam tengah tido.. muka dia memang tenang..

esok pagi, 3 may 2011 pukul 9.. mayat dimandikan dan dikafankan.. masa dimadikan.. sorang2 datang untuk siramkan air.. aku tak pergi.. sbb tak sanggup tengok badan arwah yang telah dijahit selepas postmortem.. aku menangis lagi ntah untuk kali keberapa.. aku lihat anak arwah yang kedua.. menangis semasa menyiramkan air ke tubuh arwah.. kemudian pukul 12 tengahari jenazah di bawak ke majid batu uban untuk disembahyangkan... kami ramai2 berjalan ke kubur. kubur cuma terletak di belakang masjid..  walaupun time tu tengahari.. tapi cuaca hari itu redup sangat.. seolah nak hujan.. takpi tak hujan.. cuma mendung saja.. kemudian jenazah diletakkan di dalam liang lahad.. selesai semua ramai2 berjalan pulang ke rumah tadi.. Alhamdulillah.. cuaca yang amat redup sangat time tu.. 

sampai di rumah.. aku jumpa cik ida.. bersalaman ngan dia.. dia mintak tolong aku tolong bayarkan duit kereta... aku katakan boleh.. kemudian bf aku datang jumpa.. cik ida aku kata terima kasih byk sbb dah byk tolong cik leh dan cik ida sepanjang depa ada ka hospital.. cik ida kata nanti nak minta tolong aku dan bf aku boleh ka.. aku kata boleh cik ida.. nak tolong apa g tau ja.. 

kemudian kami semua balik ke rumah.. time tu baru cuaca bertukar jadi panas.. mcm biasa.. bila smpai kat rumah.. mak aku kata.. yang arwah cik leh meninggal tepat2 44 hari dari tarikh kemalangan.. Allahualam.. mungkin kebetulan..Arwah masa meinggal baru berumur 45 tahun.. kematiannya disebabkan darah beku di bahagian paru2.. semoga roh Cik Leh dicucuri RahmatNya.. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Amin... 


Kenangan... Cik Ida, Uzair, Fatin, Nadzim dan Arwah Cik Leh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails