Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Pages

Isnin, 22 September 2014

Getting Nervous

Bismillahirrahmanirrahim... sekian lama memencilkan diri bukan kerana merajuk dihati.. tapi tatkala sibuk akan urusan duniawi... semakin lama semakin sibuk.. sibuk mencari rezeki..sibuk menyiapakan kerja di ofis.. sibuk menguruskan urusan peribadi.. sehingga terleka akan urusan akhirat.. diri ini hanya insan biasa yang mempunyai kudrat utk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. hinggakan kais malam makan malam.. berhempas pulas mencari rezeki yang halal.. kadangkala ketamakkan mendatangi otak dan hati mulai tergugat.. kadangkala ingin berlari jauh menenangkan fikiran.. memikirkan tanggungjawab sebagai anak.. sebagai adik.. sebagai tunang.. sebagai pekerja.. lalu memendamkan segala kekusutan fikiran.. kadang-kadang terlintas di fikiran ini akan masa hadapan yang belum pasti.. tapi terlalu jauh hingga menyeksakan fikiran...

3 bulan.. 2 bulan.. 1 bulan.. mulai gugup.. gugup dari segi kewangan dan fikiran... anasir-anasir nakal mulai menganggu fikiran ini..  kadangkala otak pun penat untuk berfungsi.. berfungsi dengan normal.. asyik memikirkan masalah hinggan fizikal turut bermasalah.. bermasalah pula untuk mengecilkan fizikal yang comel ini.. entahkan turun entahkan tidak.. tangkap muat ajalah nanti...

bila semakin hampir, otak semakin tenat.. tenat dengan pertanyaan itu ini.. usaha mencari sana sini.. tapi bila lambat.. kita dimarahi.. usahlah begitu sayang.. hargailah usaha murniku ini.. walaupun nampak senang asyik menekan butang keyboard ini.. juga memerlukan kekuatan otak.. bukan sekadar tekan keyboard membabi buta.. itu bukan kerja namanya..

semakin hampir otak semakin ligat utk menyimpan data-data yang diperlukan.. bermacam-macam benda yang perlu utk diingati.. data perlu disimpan dan digunakan bila tiba waktunya.. satu-satu benda hendak diselesaikan.. tetapi banyak dalam masa yang sama juga.. entahlah.. terlalu banyak benda otak ini fikirkan... sehingga sesak hingga tak jumpa jalan keluar dari otak ini...fikirkan cara mengecilkan badan la.. fikirkan cara mencari duit.. fikirkan design-design kad kahwin.. fikirkan tempat berbulan madu... fikirkan barang-barang yang diperlukan.. fikirkan itu.. fikirkan ini.. kadang-kadang terasa singkatnya waktu.. kadang-kadang terasa lambat pula masa berlalu..

ayuh, selesaikan mana yang boleh dulu.. mana yang penting dulu.. jangan terburu-buru.. jangan tergesa-gesa.. aturkan semuanya agar lancar..


0 komen yg ikhlas:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails